|
perSAHAbaTAn
Tuesday, 1 March 2011 | 06:29 | 0 comments
Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas, Tidak akan beku walau di musim sejuk, Tidak akan luruh di musim hujan,.. Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA. duhAI TEman duHAi saHAbat
| 06:27 | 0 comments
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… [...]sUSAh unTUK meNDApaT KAWan YAng seTIA..
| 06:20 | 0 comments
Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setiaDapat berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan Dapat memberi pertolongan sebelum diminta, karena faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta Waktu sakit diziarahi Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan Mengutamakan kawan dari dirinya Setelah mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku memohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawan saHABat seJAti..
| 06:17 | 0 comments
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya. |