|
sUSAh unTUK meNDApaT KAWan YAng seTIA..
Tuesday, 1 March 2011 | 06:20 | 0 comments
Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setiaDapat berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan Dapat memberi pertolongan sebelum diminta, karena faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta Waktu sakit diziarahi Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan Mengutamakan kawan dari dirinya Setelah mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku memohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawan |