About
Moon
let's go
Diary
|
perSAHAbaTAn
Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas, Tidak akan beku walau di musim sejuk, Tidak akan luruh di musim hujan,.. Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.
duhAI TEman duHAi saHAbat
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… [...]sUSAh unTUK meNDApaT KAWan YAng seTIA..
Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setia Dapat berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan Dapat memberi pertolongan sebelum diminta, karena faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta Waktu sakit diziarahi Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan Mengutamakan kawan dari dirinya Setelah mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku memohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawansaHABat seJAti..
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: - Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah: - Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
- Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
- Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
- Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
- Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
/ NEW |
About us
just be ourselves.
hey what's up..firstly thaNks visiting our blog.This is our official blog for M to the A to the D to the S --> M.A.D.S. We ALWAYZ WANTZ LOYALTY IN FRIENDSHIP..THAT'S OUR TAGLINE..Without friends no one would choose to live, though she had all other goods.
Dream as if you'll live forever, live as if you'll die today
What's yours quotes in ur life?
perSAHAbaTAn
Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas,
Tidak akan beku walau di musim sejuk,
Tidak akan luruh di musim hujan,..
Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.
duhAI TEman duHAi saHAbat
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… [...]sUSAh unTUK meNDApaT KAWan YAng seTIA..
Bukan mudah untuk mendapat kawan yang setia
Dapat berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Dapat memberi pertolongan sebelum diminta,
karena faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu kita mendapat nikmat, dia menampakkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil perhatian tentang kehidupannya
Kehormatan kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan kehormatan kawan sebagai kehormatan diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak digosipkan
Mengutamakan kawan dari dirinya
Setelah mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya setelah mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawansaHABat seJAti..
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
- Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

/ NEW